GBN RESOURCES ROCKS!!

GBN RESOURCES ROCKS!!

Wednesday, May 6, 2009

JUTAWAN BLOG - GBN RESOURCES

Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 1 Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 2 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah membuat suatu keputusan yang bijak dengan membaca buku ini, mungkin sebagai ebook atau mungkin sebagai helaian kertas yang dicetak. Apapun bentuk medium pembacaan anda, saya pasti ini adalah detik paling bermakna dalam hidup anda. Hidup anda pasti akan berubah, penuh dengan kemewahan dan masaalah kewangan anda hilang dalam sekelip mata.

Pendahuluan yang agak menarik bukan? Tapi saya pasti, anda bijak untuk menilai bahawa itu hanyalah ayat‐ayat yang hanya membuatkan anda terpesona dengan hasil penulisan saya ini. Namun buat mereka yang lebih bijak, mereka tahu dengan hanya mempunyai pemikiran yang demikian . Hidup mereka akan pasti berubah dengan pembacaan penulisan ini.

"You are what you want to be"

Saya amat percaya dengan kata‐kata di atas. Anda adalah apa yang anda mahukan. Sekiranya anda pada hari ini dibelenggu dengan masaalah hutang keliling pinggang, wang gaji atau pendapatan anda tak pernah cukup, buat business asyik terlingkup, dapat isteri/suami asyik menyakitkan mata dan hati, anak‐anak anda asyik dapat nombor paling akhir di kelas dan bermacam‐macam lagi nasib malang. Itu Semua adalah apa yang anda mahu.

Mungkin ada yang mengatakan orang gila sahaja yang mahukan perkara‐perkara malang menimpa dirinya. Malahan orang gila sendiri pun tak mahu berlaku sedemikan rupa. Namun, percayalah itu apa yang berlaku kepada anda adalah apa yang anda mahukan dan benarkan berlaku sahaja.

Masih kurang faham? Saya akan gunakan pendekatan yang agak spesifik dengan memberi rasional‐rasional kepada hujah saya. Allah menjadikan kita sebgai sebaik‐baik makhluk, sesuai dengan firman Nya dalam Surah Al‐Tin yang berbunyi , Summa rodothna huas falasa filin yang bermaksud telah kujadikan manusia sebagai sebaik‐baik kejadian.

Apa yang dikatakan sebaik‐baik kejadian? Jika saya letakkan anda dalam sangkar harimau, rasanya harimau atau anda akan mati? Jika saya campakkan anda ke laut dalam, rasanya hidupan laut atau anda yang akan terus hidup? Jadi dimanakah anda sebagai sebaik‐baik kejadian? Di dalam kedua‐dua contoh yang saya berikan, saya langsung tidak dapat melihat akan diri anda sebagai makhluk yang terbaik. Walaupun anda mengatakan Allah menjadikan akal kepada manusia untuk menjadikan manusia sebagai makhluk yang terbaik, namun apa guna nya lagi akal kalau ajal sudah mengundang?

Jawapan anda betul, manusia dijadikan Allah sebagai makhluk yang terbaik kerana manusia diberikan akal. Namun banyak yang tak guna akal atau tidak menggunakan sepenuhnya akal. Jadi, apa gunanya akal atau bagaimanakah cara untuk untuk menggunakannya? Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 3

Ramai yang akan mengatakan gunanya akal adalah untuk berfikir. Tahukah anda berfikir hanyalah 1 fungsi daripada banyak lagi fungsi akal yang lain. Kebanyakan orang menafsir fungsi minda Cuma satu, iatu berfikir. Jika itu yang anda percayai, percayalah juga bahawa fungsi minda yang anda gunakan tidak lebih sebagai seekor binatang. Binatang juga berfikir, kalau tidak binatang tidak boleh berburu, mengawan dan sebagainya. Anda tidak perlu begitu berusaha keras untuk berfikir, kerana tanpa sedar atau tidak kita semua berfikir. Apa yang perlu anda usahakan ialah cara berfikir.

Cara berfikir adalah apa yang membezakan kita dengan makhluk yang lain. Cara berfikir juga yang membezakan anda dengan individu lain. Tahukah anda jika anda mempunyai cara berfikir yang betul, bukan sahaja wang jutaaan, hatta nak jadi SuperMan terbang kemana‐mana juga anda mampu lakukan.

Jika manusia mempunyai cara berfikir yang betul. Boleh melakukan apa sahaja. Hatta harimau pun kalau dia jentik sahaja dah K.O barulah ini dikatakan sebagai sebaik‐baik makhluk. Inilah yang dikatakan manusia yang menggunakan akal dan fikiran dengan betul. Jika anda percaya dengan yakin bahawa anda boleh jadi atau dapat perkara yang anda idamkan, saya 110% lebih pasti bahawa anda PASTI dapat melakukannya.

Sebut pasal yakin boleh atau percaya diri. Semua orang mengatakan dia yakin, dia percaya yang dia boleh. Sebut sahaja sangatlah mudah. Namun, saya pasti jika seseorang itu gagal, bukan takdir atau usaha nya yang kurang. Saya 100% pasti bahawa individu tersebut sebenarnya tidak betul‐betul pasti dan yakin bahawa dia boleh. Saya akan kaitkan cerita dari diri saya sendiri untuk dijadikan contoh. Kalau cerita pasal orang lain nanti kena saman pula.

Saya menulis tentang kuasa minda ini bukanlah untuk mengajar anda bagaimana mahu terbang atau bagaimana mahu membengkokkan besi menggunakan mulut. Namun saya ingin tegaskan di sini, sekiranya anda mahu meneruskan pembacaan anda, anda harus yakin. Anda harus pasti. Anda hari percaya sesungguhnya pembacaan anda akan benar‐benar merubah hidup anda. Bahawa dengan membaca penulisan ini, segala masaalah kewangan anda pasti diselesaikan. Bahawa dengan membaca penulisan ini, anda Pasti Menjadi Seorang Jutawan Blog.

Sekiranya dalam hati masih banyak syakwasangka, masih banyak tanggapan negatif, masih ada rasa ragu‐ragu walaupun sekelumit. Saya nasihatkan anda berhentikan bacaan, hubungi saya untuk mendapatkan ganti rugi sekiranya anda membeli buku ini. Kerana saya tidak mahu anda merugikan masa dan duit anda untuk satu lagi perkara yang tidak akan mendatangkan faedah kepada anda dan keluarga anda. Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 4

Siapakah Saya?

Bagi siapa yang belum mengenali saya, nama saya Mohammad Fadino Bin Khairuman. Saya dilahirkan pada bulan Ogos 1983 di Taiping Perak. Ibu saya berkerja sebagai seorang Jururawat Masyarakat (dulu orang panggil Bidan Kerajaan) dan bapa seorang anggota Polis.

Pada usia saya 6 bulan, ibu dan bapa saya bercerai. Saya tinggal bersama ibu dan nenek. Zaman persekolahan saya amat biasa seperti kanak‐kanak lain. Tidak mempunyai bapa disamping saya tidak sedikitpun mencacat‐celakan kehidupan saya. Ibu saya memainkan peranan yang sangat efektif sebagai seorang ibu tunggal. Semua keperluan amat mencukupi, hatta untuk memberikan saya sedikit nikmat kemewahan ibu berniaga secara sampingan.

Masih saya ingat, setiap hujung minggu, pasti ibu membawa saya ke shopping mall. Membeli pakaian atau permainan, ini telah membuat saya lebih menonjol berbanding kanak‐kanak yang lain (kami tinggal di kampung).

Kerana saya merupakan satu‐satunya anak kepada ibu saya. Saya menjadi tempat beliau bercerita apa sahaja, dari hal‐hal kerja sehinggalah perniagaan beliau dan perlaburan saham. Saya masih kecil untuk mengertikan perkara‐perkara tersebut. Namun, inilah yang dikatakan otak kanak‐kanak ibarat sponge yang menyerap segala input walaupun masih belum dapat menafsirkan input tersebut.

Kesannya, saya membesar sebagai seorang businessman, dari Sekolah Rendah dan Sekolah Agama Rakyat sehinggalah ke Sekolah Menengah. Apa sahaja perkara kalau boleh saya mahu meniagakan dan keduanya, saya sering mahu menonjol sebagai seorang pemimpin (Jururawat di kampung ibarat seorang pemimpin). Menjadi presiden persatuan pada tingkatan 3 (sebelum itu semua presiden pasti paling kurang tingkatan 5), memegang 5 persatuan sebagai presiden di tingakatan 5 (rekod terbanyak tu). Ok, anda boleh katakan saya gila kuasa. ☺

Saya berkahwin pada usia yang muda, 18 tahun. Inilah kesannya terlalu ingin menjadi orang dewasa. Anak saya yang pertama dilahirkan ketika saya berusia 19 tahun. Pada saat itu saya masih kuliah di Fakulti Perubatan UKM.

Di Universiti, saya masih meneruskan tabiat suka berniaga. Saya menjual mee goreng pada setiap pagi. Sanggup menjeguk dari kelas ke kelas untuk mencari pelanggan tanpa rasa segan. Namun cita‐cita saya tinggi menggunung. Bukan mahu menjadi penjual mee goreng atau seorang kakitangan perubatan. Saya mahu jadi seorang Jutawan!

Pada tahun 2006 saya mengambil langkah berani untuk memberhentikan diri dari perkuliahan. Saya ingin menubuhkan sebuah syarikat dan berniaga dengan serius, yang lebih membuatkan langkah itu sangat berani ialah saya membuat keputusan dengan hanya bermodalkan RM 3,000. Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 5

Adat berniaga, naik dan turun. Saya tidak mahu menceritakan asam garam biasa dalam perniagaan, ramai yang dah jelak mendengarnya. Mungkin juga ramai yang sudah melaluinya. Namun, apa yang menarik pada tahun 2007, saya bergelar jutawan pada usia 24 tahun. Saya mempunyai syarikat di 3 buah negara, Malaysia, Indonesia dan juga Singapura. Aset terkumpul syarikat mencecah hampir RM 10 juta.

Adakah itu pengabisan cerita saya? Tidak, pada awal 2008 saya jatuh, dari kehidupan yang super mewah jadi kehidupan yang super merempat. Mungkin ramai yang tercengang dan ingin tahu, dari 10 juta ke 0.00, apa yang terjadi? Saya tidak mahu menceritakan tentang perkara tersebut, kerana tiada satu faedah pun yang boleh anda dapat dari ceritanya.

Namun apa yang ingin saya ceritakan ialah, "I am What I Want To Be"

Saya jatuh kerana saya inginkan kejatuhan tersebut. Apa? Gila Ke? Memang bukan secara langsung tetapi satu perkara yang tidak langsung, berlaku secara berulang‐ulangkali membuatkan saya inginkan kejatuhan.

Bagaimana Ceritanya Ni?

Terus terang, cara saya naik ke atas tidak sukar. Jika anda mengetahui bagaimana cerita nya anda mungkin mengatakan nasib saya sangat baik. Namun saya percaya dengan yakin bahawa saya bukan bernasib baik tetapi saya percaya dengan yakin bahawa saya akan menjadi seorang jutawan. Namun, saya bukan super human, yang boleh betul‐betul mengawal minda saya. Kehidupan sebagai seorang millionaire adalah sangat‐sangat mewah. Saat itu, ada satu pemikiran yang tercetus, "betulkah aku akan terus kaya begini?" disokong oleh kurangnya solat dan amal ibadat pemikiran berikut pula tercetus,"adakah tuhan akan izinkan aku terus mengecapi nikmat ini?". Kurangnya sedekah pula mengakibatkan kurangnya semangat "I Deserve This!".

Semua pemikiran yang sebegini secara berulang‐ulang membuatkan akal saya membuat kesimpulan. "Kamu akan jatuh tidak lama lagi". Memang walau ketika saat saya masih dipuncak, saya mendapat perasaan yang saya akan mengalami kejatuhan. Akhirnya, segala perasaan was‐was, ragu‐ragu dan negatif tersebut di terjemahkan sebagai satu keinginan dan akhirnya dizahirkan dengan apa yang kita sebut sebagai realiti.

Kali ini, saya akan memulakan kembali langkah untuk menjadi seorang jutawan. Bekal saya kali ini, saya akan mencipta sebuah langkah yang mungkin agak perlahan, tetapi kukuh untuk menghapuskan "aku bukan kaya dengan cepat dan senang" jadi "aku berhak atas kekayaan ini". Saya akan memantapkan amalan supaya saya merasakan "Ini nikmat Allah dan aku mensyukurinya". Akhir sekali akan memperbanyakkan sedekah untuk membuat pernyataan "Aku berhak atas kekayaan ini kerana dengannya banyak orang dapat dibantu".

Dengan sedikit cerita tentang siapa saya, saya mengharapkan saya mendapat lebih kelayakan untuk berkongsi ilmu dengan anda dan memudahkan penerimaan anda. Kerana Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 6

jika saya masih seorang jutawan anda akan berkata "kau banyak duit bolehlah banyak cakap", sekiranya pula saya belum pernah mempunyai apa‐apa pencapaian ini pula akan terdengar "kau sendiri belum kaya, nak cerita kat orang pasal nak jadi kaya konon". Tetapi saya adalah orang yang pernah melalui saat kekayaan dan sekarang ingin bermula sekali lagi bersama anda, disamping anda. Saya dan anda adalah bukan jutawan pada hari ini dan pasti akan menjadi seorang Jutawan Blog. Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 7

Apa itu Blog?

Mungkin ramai yang dengar tentang blog, namun banyak yang belum tahu apakah sebenarnya blog. Blog dari segi bahasa adalah singkatan kepada WEBLOG. Iaitu log atau rekod tentang informasi yang diletakkan di laman web. Blog sekarang sudah menjadi suatu trend dalam dunia IT. Seterusnya saya akan senaraikan perbezaan blog dengan laman web konvesional, perbezaan yang paling jelas ialah blog amat mudah dibina berbanding laman web konvensional yang memerlukan anda tahu berkenaan HTML dan skrip‐skrip lain, antara lain kelebihan blog:

  1. Susunan blog yang mudah

    Website konvensional biasanya disusun dan boleh di akses hanya melalui menu yang diletakkan di homepage(muka depan) laman web tersebut. Sekiranya tuan punya laman web tidak mahir untuk menyusun menu dan navigation bar, adalah sukar untuk pengunjung melayari laman web berkenaan dan untuk mencari informasi yang diperlukan.

    Blog mempunyai beberapa jenis susunan dan ianya boleh dipaparkan di semua mukasurat blog. Pertama melalui tarikh, pengunjung boleh melihat dengan mudah content‐content terkini yang dimasukkan oeh anda. Kedua, melalui category, pengunjung dapat memilih kategori content yang mereka ingini sesuai dengan informasi yang dicari. Ketiga TAG, anda boleh tag content anda dengan perkataan yang anda suka dan pengunjung boleh melihat content‐content yang mempunyai tag yang sama.

    Mudah untuk menambah content baru

    Penambahan content (isi) dan page(mukasurat) amat mudah sekali dengan blog. Anda hanya perlu klik post dan mulakan menulis . Content adalah raja kepada dunia IT, banyak content bermaksud banyak pengunjung ke blog anda. Jika sukar untuk masukkan content, pasti content website anda sedikit dan pasti juga tidak mempunyai pengunjung nanti. Jadi anda jangan risau, sekiranya anda tahu membaca dan menaip, adalah mudah untuk anda memasukkan content ke dalam blog anda.

    Content dikemaskini dengan selalu

    Kebanyakan blog dikemaskini dengan selalu, kerana mudah untuk memasukkan content. Anda tidak perlu risau untuk menulis perkara‐perkara peribadi di dalam blog kerana blog membolehkan ianya ditulis kedalam kategori‐kategori yang berbeza. Jadi pengunjung yang ingin tahu tentang bisnes tidak akan terkeliru dengan coretan peribadi anda.

Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 8


 

  1. Blog adalah interaktif

    Orang ramai lebih percayakan blog, ini kerana blog sangat interaktif dan lebih kepada perbualan. Pengunjung boleh meninggalkan komen untuk content anda dan boleh berinteraksi dengan pengunjung yang lain. Terdapat juga widget (penambahan) chatbox atau shoutbox yang membolehkan anda cit‐cat (sembang) dengan pengunjung anda.

Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 9

Bagaimana Blog Menghasilkan Duit?

Blog seumpama majalah atau pun surat khabar. Kedua‐dua ini menghasilkan pulangan melalui iklan yang dijual oleh mereka. Lebih banyak pembaca majalah berkenaan, lebih tinggi bayaran yang boleh dikenakan. Ini kerana pengaruh iklan di majalah yang dibaca oleh ramai orang lebih tinggi nilainya. Sebagai bukti, kita begitu kagum sekiranya sesuatu produk (seperti seminar) diiklankan di majalah atau surat khabar yang mempunyai pembaca yang ramai. Sebagai contoh langsung ialah Monsun Biz, saya percaya ramai yang membeli atau berminat dengan program berkenaan kerana ia mempunyai iklan secara besar‐besaran di Harian Metro.

Itu adalah perkara pertama bagaimana blogger menghasilkan duit. Cara kedua pula ialah dengan menjual produk sendiri atau melalui affiliate program. Untuk cara kedua ini, bilangan trafik yang masuk ke blog anda tidak begitu penting. Tetapi yang penting ialah kualiti pengunjung anda. Untuk mendapatkan pengunjung yang berkualiti anda haruslah mempunyai pengaruh yang baik dikalangan pembaca anda. Reputasi yang baik akan membuatkan anda menjadi salesman yang boleh menjual apa sahaja kepada pengunjung anda.

Anda harus memastikan anda mendapat perhatian yang secukupnya untuk mendapatkan trafik yang banyak dan berkualiti. Saya akan berkongsi dengan anda bagaimanakah cara untuk mendapatkan perhatian yang secukupnya untuk blog anda. Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 10

Penulisan Blog yang Berkesan

Seperti yang saya katakan sebelum ini, untuk menjadi seorang blogger yang profesional, anda perlu menulis content yang bagus. Orang ramai tidak memasuki blog anda untuk membaca iklan, program affiliate ataupun perniagaan MLM yang anda ceburi. Orang ramai akan terus datang ke blog anda sekiranya anda menyediakan content yang boleh membantu mereka dalam topik yang anda tulis.

Anda harus memberi tumpuan kepada menjadikan blog anda berinformasi, mendidik pengunjung dan menghiburkan. Sekiranya blog anda mempunyai ketiga‐tiga ciri ini, sudah pasti anda akan menjadi seorang lagenda dalam dunia blogger.

Penulisan blog yang berkesan akan menwujudkan perasaan kebergantungan pembaca terhadap anda. Jika anda berjaya menwujudkan perasaan sebegini dikalangan pembaca anda, saya pasti anda dapat memanipulasi pembaca dengan apa juga produk atau promosi yang ingin anda lakukan (nasihat saya jangan manipulasi dengan cara yang salah). Kadang‐kadang kita merasakan kita ini bukan siapa‐siapa yang mempunyai apa‐apa untuk mempengaruhi orang ramai, namun percayalah melalui blogging karisma kita akan terserlah dengan tanpa kita sedari. Perkara ini berlaku pada diri saya sendiri, sebelum ini saya banyak menulis tentang FOREX, berkongsi ilmu dan strategi di blog saya. Pada satu pagi saya mendapat panggilan telefon dari Syria mengatakan beliau telah menghantar sejumlah wang yang besar melalui Western Union untuk membeli salah satu sistem FOREX yang saya bangunkan.

Saya amat terkejut dengan panggilan tersebut, kerana sebelum ini beliau tidak pernah menghubungi saya. Ternyata beliau mengatakan bahawa beliau kagum dengan penulisan saya di blog. Saya menerima wang sejumlah USD 10,000 dari sebuah blog yang saya bina menggunakan wang tidak lebih dari Rm 250 (domain+hosting).

Ini membuktikan bahawa penulisan blog yang berkesan amat berpengaruh dan mendatangkan penghasilan tanpa perlu memenuhkan blog kita dengan bahan‐bahan promosi. Namun begitu pulangan tersebut adalah setelah hampir setahun saya menulis blog dan ianya seolah‐olah hanya satu kebetulan sahaja. Tetapi setelah mendapat beberapa lagi pengalaman lain, saya dapat menformulakan 1 sistem di mana ianya boleh di duplikasi untuk mendapat penghasilan yang hampir sama secara berulang‐ulang.

Duit: Matlamat atau Sebab?

Kita menulis blog untuk mendapatkan duit dan pendapatan yang boleh mengubah hidup kita. Namun duit tidak boleh dijadikan sebab untuk kita menulis blog. Sekiranya duit dijadikan sebab menulis, pasti anda akan menjadi beribu‐ribu blogger di luar sana yang tidak menghasilkan apa‐apa melalui blog mereka. Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 11

Menjadikan duit sebagai sebab utama anda menulis akan menghampakan anda. Ini kerana blog bukanlah suatu skim cepat kaya tetapi lebih kepada mendapatkan pendapatan secara konsisten untuk jangka masa yang panjang.

Keuntungan vs Minat

Masalah pertama dalam menulis blog ialah memilih topik yang betul untuk ditulis. Di sini saya ada satu garis panduan bagimana untuk memilih topik penulisan blog:

  1. Kuntungan: Anda boleh memilih topik yang mempunyai permintaan tinggi seperti perniagaan internet dan sebagainya. Tetapi penulisan berkenaan topik‐topik ini haruslah lengkap dan mempunyai maklumat atau pendapat yang tidak terdapat di dalam blog lain. Dengan kata lain, blog anda lebih membantu jika dibandingkan dengan blog lain di dalam topik tersebut.
  2. Minat: Seterusnya topik yang anda betul‐betul minat. Adakalanya minat anda bukanlah sesuatu yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran internet, namun sekiranya anda menulis tentang minat anda tersebut. Pasti anda dapat menulis lebih banyak content berbanding dengan perkara yang anda kurang minat. Ini kerana sudah lazimnya kita mengetahui banyak perkara jika kita mempunyai minat yang mendalam terhadap topik itu.


 

Jadi, kesimpulannya dua perkara di atas adalah perkara yang anda perlu pertimbangkan dalam memilih topik blog anda. Saya lebih suka mengambil jalan tengah, sebagai contoh tentang blogging, ianya mempunyai nilai komersil yang agak tinggi dan saya memang meminati blog. Saya meluangkan masa hampir 5 jam setiap hari untuk mengkaji bagaimana untuk menjadi blogger yang profesional. Saya menulis blog tentang blogging kerana banyak masih sedikit blogger Malaysia yang menulis blog berkenaan topik ini dalam bahasa Malaysia secara profesional.

Namun sekiranya saya terpaksa memilih untuk menulis, saya akan menjadikan minat sebagai topik penulisan. Minat yang mendalam di dalam sesuatu topik memberikan kita tenaga yang berterusan untuk menulis atau mendapatkan content yang berkualiti tinggi ke dalam blog.

Mungkin perkara yang anda minati tidak mendatangkan keuntungan. Sekiranya ini masaalah anda, cuba cari apakah kemahiran yang anda dapat hasil dari hobi atau minat anda. Sebagai contoh, sekiranya anda hanya minat merempit, pasti anda mempunyai kemahiran penunggangan motosikal yang tidak berhemah, kemahiran modifikasi motosikal dan sebagainya. Maklumat seperti ini adalah amat bernilai dan mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 12

Teknik Penulisan Blog

Seperti saya katakan sebelum ini, penulisan blog yang berkesan adalah blog yang memberi cukup maklumat berkenaan topik yang anda pilih. Anda juga perlu "menghidupkan" blog anda dengan penulisan yang menghiburkan pengunjung. Antara perkara yang boleh membuatkan penulisan yang berkesan ialah menulis artikel yang akan menjadi panduan orang ramai untuk selama‐lamanya. Penulisan artikel jenis ini amat penting kerana ianya tidak akan lapuk ditelan masa. Artikel panduan ini haruslah sangat unik dan hanya anda yang menulisnya. Anda boleh menulis pelbagai perkara lain di dalam blog anda, tetapi artikel panduan ini wajib berada di dalam blog anda bagi memastikan blog anda sentiasa mendapat "backlink" (link dari website orang lain) dan menjadi rujukan sepanjang masa. Antara teknik menulis artikel panduan adalah seperti berikut:

  1. Tulis Artikel "Bagaimana"

    Penulisan artikel "bagaimana" adalah satu penulisan yang sangat berkesan. Ianya merupakan artikel yang memberi panduan untuk pengunjug melakukan sesuatu. Sebagai contoh anda boleh menulis artikel "Bagaimana menulis iklan yang menarik di Cari.com.my?" ataupun "Bagaimana memasak daging masak kicap yang sedap?".

    Selain daripada menarik minat pembaca untuk membacanya tajuk artikel yang seperti ini telah menjadi suatu trend dalam pencarian di internet.

    Tulis Artikel Berbentuk Senarai

    Penulisan artikel berbentuk senarai ialah seperti "10 Sebab Kenapa Ramai Blogger Gagal" ataupun "5 Faktor Kenapa Anwar Bakal Menjadi Perdana Menteri Malaysia". Orang ramai menyukai artikel yang berbentuk senarai sperti ini. Kerana ianya padat dan ringkas, pembaca tidak perlu menghabiskan masa yang lama untuk memberitahu bahawa artikel berkenaan bagus atau tidak.

    Tulis Artikel Berbentuk Definisi

    Walaupun begitu banyak website di luar sana yang menulis tentang definisi pelbagai perkara (seperti wikipedia) anda tidak perlu takut untuk menulisnya. Anda boleh mendefinisikan sesuatu perkara itu dengan gaya, bahasa dan pendapat anda sendiri. Penulisan artikel definisi haruslah mengupas dengan mendalam perkara yang mahu anda definisikan. Anda boleh menulis tentang apa itu blog mengikut penulisan pemahaman anda sendiri. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pendapat anda ini akan menjadikan artikel ini 2 ini 1, iaitu menambahkan 1 lagi elemen seperti nombor point nombor 4. Saya melakukan itu di blog saya dan juga di dalam ebook ini.

    Artikel yang Berbentuk Kontroversi atau Perdebatan

    Artikel seperti ini memerlukan kesabaran dan penerimaan anda. Kerana ia akan mengundang kritikan. Anda boleh menulis artikel yang kebarangkalian untuk ianya menjadi bahan perbahasan adalah sangat tinggi. RPK (Raja Petra) telah melakukan ini, tapi malangnya pihak yang terlibat adalah Kerajaan Malaysia :D. Bukan sahaja setakat bahan politik, anda boleh memasukkan artikel jenis ini apabila menulis

Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 13


 


 

berkenaan artis, agama ataupun teori anda mengenai business dan sebagainya. Pastikan anda membalas komen dengan cara yang profesional.

5. Artikel Berbentuk Teknikal

Anda mempunyai kelebihan yang banyak sekiranya anda menulis artikel yang berbentuk teknikal. Kerana ia akan menjadi rujukan pengunjung pada setiap masa. Sebagai contoh, artikel berkenaan bagaimana membuat bendera yang berkibar menggunakan photoshop.


 

Sekiranya anda kebuntuan untuk menulis artikel, jangan khuatir. Saya akan menceritakan rahsia‐rahsia menulis artikel dengan mudah di dalam bahagian kedua e‐book ini.

Bagaimana Mendapatkan Trafik Ke Blog Anda?

Mempunyai blog yang menarik adalah tidak bermakna sekiranya anda tidak mempunyai pembaca atau trafik yang mengunjungi blog anda. Pada chapter ini saya ingin mengupas bagaimanakah cara‐cara anda boleh mendapatkan trafik ke blog anda, dengan cara sistematik.

  1. PPC program. Ini adalah cara yang paling mudah dan terbukti untuk mendapatkan trafik ke blog anda. Namun, cara ini memerlukan bajet yang besar sekiranya anda menginginkan trafik yang banyak secara konsisten pada setiap hari. Antara PPC program yang boleh anda sertai ialah, Google adsense, Adbrite, Bidvertiser dan juga beberapa program lain lagi. Saya tidak menasihati anda untuk menggunakan teknik ini sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad.
  2. Mendapatkan trafik organik melalui search engine. Cara ini adalah yang terbaik untuk anda mendapatkan trafik yang tinggi dan konsisten untuk blog anda. Namun mendapatkan trafik organik bukan lah kerja yang hanya mengambil masa semalaman. Namun ianya tidak lah sesukar mana sekiranya anda dapat cara yang sistematik untuk menjadikan blog anda sebagai search engine friendly.
  3. Melalui Social Networking. Ini adalah cara yang mudah dan sangat sesuai untuk anda memulakan langkah sebagai seorang blogger. Anda boleh dapatkan trafik melalui perkhidmatan social networking dan social bookmarking yang disediakan secara percuma, seperti Friendster, Myspace, Digg, Technoratti, StumbleUpon, Delicious dan sebagainya.
  4. Pengiklanan percuma, Banyak website yang menyediakan pengiklanan percuma. Kebanyakan pengiklan mengiklankan affiliate progam dan MLM di website tersebut. Apabila anda menawarkan maklumat percuma di website anda pasti ramai yang akan klik masuk ke website anda.
  5. Mendapatkan trafik dari blog orang lain dengan meninggalkan komen. Komen boleh dikatakan sebagai tapak kaki yang anda tinggalkan di blog yang anda lawati. Meninggalkan komen di blog orang lain seharusnya dilaukan dengan secara konsisten dan berterusan. Saya mengsyorkan anda untuk meluangkan masa untuk meninggalkan komen di 10 blog lain pada setiap malam.

Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 14

Saya akan menceritakan rahsia‐rahsia untuk mendapatkan trafik yang mudah di dalam bahagian 2 ebook ini.

Bagaimana Mendapatkan Duit Melalui Blog?

Anda sudah membuat penulisan blog yang bagus, mempunyai design yang menarik, trafik juga datang blog anda bagai hujan sehingga server kadang‐kadang overload. Namun ramai yang gagal menemui cara bagaimana memanfaatkan semua itu untuk mnghasilkan satu sumber pendapatan yang lumayan dan konsisten. Saya menjumpai banyak blog yang sudah cukup sifat untuk berjaya, namun blogger tersebut masih terkial‐kial mengutip hanya beberapa dollar sebulan, nak bayar bil streamyx pun tak lepas. Saya akan senaraikan beberapa cara bagaimana mendapatkan duit melalui blog:

  1. Pengiklanan – Ini merupakan cara yang paling popular dikalangan blogger dari adsense hinggalah ke Nuffnang, tidak lupa juga menjual iklan secara terus di blog. Namun tahukah anda sekiranya anda mengharapkan pendapatan yang serius dari pengiklanan di blog, anda harus menjadi blogger yang super, jumlah pengunjung haruslah menjejak 5 angka setiap hari. Sekiranya pengunjung blog anda hanya beberapa puluh atau ratus sehari anggaplah pengiklanan hanya satu sumber pendapatan sampingan (mungkinRm 100‐200 sebulan, itupun dah sangat banyak).
  2. Affiliate progam‐ Ini cara yang paling berkesan untuk sebuah blog menghasilkan pulangan yang agak lumayan. Anda boleh mempromosi produk orang lain (e‐book,software atau apa saja). Melalui program affiliate anda akan dibayar komisen untuk setiap jualan yang anda hasilkan. Cara terbaik untuk mempromosi program affiliate adalah dengan menulis review entang produk tersebut. Adalah baik sekiranya anda membeli terlebih dahulu produk tersebut untuk menulis review yang berkesan.
  3. Jual produk anda sendiri. Selain menjual produk affiliate, anda juga boleh menulis ebook anda sendiri untuk dijual kepada pengunjung. Di dalam era ICT ini, maklumat adalah sesuatu yang sangat berharga. Namun, pastikan maklumat yang ingin anda jual merupkan satu maklumat yang dapat membantu dalam topik yang anda tulis, sekiranya sebaliknya ini akan memberikan impak yang tidak bagus untuk reputasi anda


 

Ada bermacam‐macam cara lagi sebenarnya untuk menghasilkan duit melalui blog. Saya akan mendedahkan rahsia‐rahsia bagaimana untuk mendapatkan duit di bahagian 2 ebook ini (Video) Rahsia Jutawan Blog Rahsia Jutawan Blog Page 15

Kesimpulan Bahagian 1

  1. Blog merupakan satu medium yang sangat baik untuk memperkenalkan pengetahuan anda kepada umum. Ini kerana perkongsian maklumat adalah sangat mudah melalui blog.
  2. Penulisan blog yang profesional adalah sangat penting untuk mendapatkan pembaca setia yang akan sentiasa mengunjungi blog anda.
  3. Anda harus memberitahu seramai orang tentang kewujudan blog anda. Lebih popular sesuatu blog, lebih banyak wang yang dapat dihasilkan.
  4. Adalah penting memilih cara bagaimana ingin menghasilkan duit melalui blog supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan blog anda untuk mendapatkan wang.


     

    Di dalam bahagian 2 ebook ini (Video) anda akan mempelajari:

  5. Rahsia Ebay dalam menghasilkan trafik.
  6. Penggunaan Video marketing dalam mendapatkan trafik .
  7. Rahsia Forum dalam menghasilkan trafik (bukan cara biasa).
  8. Rahsia menulis blog tanpa perlu pening kepala nak fikir.
  9. Produk yang boleh menghasilkan ribuan ringgit bermula bulan pertama anda menulis blog.
  10. Rahsia membina reputasi sebagai blogger.
  11. Penggunaan unsur seks tanpa sebarang unsur tersebut dalam blog anda.
  12. Rahsia menulis komen dengan mudah.
  13. Rahsia membuat promosi secara profesional dan berkesan.

No comments:

Post a Comment